Bahaya Melakukan Hubungan $eks Diusia Muda



Sedarkah anda dalam tempoh sesingkat empat minit nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 500,00 nyawa di seluruh dunia setiap tahun.

Hal ini sering terjadi kepada mereka yang kerap menukar pasangan seks dan juga bagi mereka yang melakukan seks seawal usia 16 tahun

Wanita yang mempunyai tabiat merokok, melakukan hubungan seks dengan lelaki yang sering bertukar pasangan, penggunaan kontraseptif oral dalam jangka masa yang lama dan obesiti antara berisiko dijangkiti HPV. Bagaimanapun, terdapat vaksin untuk mencegah jangkitan virus tersebut yang sekali gus mencegah serangan kanser pangkal rahim




Fakta Ringkas:
  • Dalam konteks Asia , sekurang-kurangnya 266,000 disahkan menghidap kanser ini setiap tahun dengan 143, 000 kematian. 
  • Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup. Realitinya pakar-pakar perubatan juga tidak seratus-peratusnya pasti terhadap punca sesuatu penyakit. Keadaan itu merupakan kenyataan yang memeritkan. 
  • Di Malaysia, 10.5 peratus wanita meninggal dunia akibat kanser ini dan 80 peratus pesakit dikesan pada tahap akhir. 
 

Penyebab kanser pangkal rahim:
  • Kebanyakan kes kanser pangkal rahim disebabkan sejenis virus yang dikenali sebagai Human Papilloma Virus (HPV). 
  • Ia disebarkan melalui hubungan seks. Virus itu akan menyerang sel-sel pada rahim sebelum menyebabkan perubahan pada sel-sel selular dan menjadi berbahaya. 
  • HPV ialah satu kumpulan virus yang terdiri daripada lebih 100 virus saling berhubung kait. Ia juga dipanggil papillomaviruses kerana sesetengah daripada jenis virus itu boleh mengakibatkan ketumbuhan atau papiloma yang tidak berbahaya. Misalnya, virus yang menyebabkan kutil biasa di tangan dan kaki. 
  • Namun, ia akan menjadi berbahaya apabila ketumbuhan berlaku di bahagian tengkorak atau genital (organ pembiakan). 
  • Sekiranya dirawat jangkitan HPV akan hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan penyakit yang berisiko meragut nyawa. 
  • Tetapi pendedahan lama tanpa merujuk kepada doktor akan menyebabkan perubahan dalam sel. Inilah yang meningkatkan risiko wanita terdedah kepada kanser pangkal rahim. 


Pencegahan:
  • Langkah pencegahan dapat dilakukan dengan mengambil vaksin HPV yang mampu mencegah lebih daripada 70 peratus jangkitan virus dan kanser itu. 
  • Kementerian Kesihatan kini menyediakan vaksin HPV secara percuma untuk pelajar berumur 13 tahun. 
  • Vaksin HPV sebenarnya mampu bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun sebagai pencegahan awal. 
  • Selain mengambil vaksin yang sesuai untuk mencegah jangkitan virus HPV, pemeriksaan Pap Smear juga digalakkan supaya langkah pencegahan diambil lebih awal. Pap Smear adalah kaedah mudah melihat sebarang perubahan pada sel-sel yang dalam pangkal rahim. 
  • Semua wanita digalakkan melakukan ujian Pap Smear diikuti pemeriksaan pelvik. Ujian tersebut perlu dibuat dalam tempoh masa tiga tahun setelah mempunyai hubungan seksual ataupun sudah pun berusia 21 tahun. 

12 comments:

Azriff Aziz said...

INFO YANG MENARIK SEKALI,,GUA RASA RAMAI YANG MENGUNJUNGI DENGAN TENGOK ENTRI SEBEGINI :) TAPI GUA TGK GAMBAR TU.HUHUHUHUHU.. SPEECHLESS..

ANNA MARIANA said...

nice info.. =D

Sop said...

nice sharing

Fyfie Yanie said...

nice entry KB . Thumbs up .

suebee said...

thanks sbb kongsi info..

Arif Albagani said...

ilmu sebelum kawen nie...wajib kena tau :)

Suburbanzero said...

entry berguna

ZouL said...

hehe..nice entri.....18sx gk ni

Orkid awek said...

dia punya gambar mengancam..:)

azie namico said...

sharing is caring ! nice info..

Cik Yaya said...

good info.thanks 4 sharing ea..=)

normi nieza said...

good info

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...