=Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat.
=Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit. (ada yang kata 27)
=Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu.
=Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan.
=Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter. (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap..haha)
=Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu-satu masa bersamaan 9.46352946 liter.
=Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee. (United State)
=Pada Perang Dunia ke 2, bom pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.
=Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.
=Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.
=Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari.
=Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg.
=Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin.
=Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat.
=Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja.
=Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun.
=Gajah tidur berdiri.
=Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring. (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah… hahaha)
=Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut.
=Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat.
0 comments:
Post a Comment