Bonus Raya 2012 : Penjawat Awam & Pesara



Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

3 comments:

Suburbanzero said...

untungla gomen dpt bonus. ;)

Enchek Kamen said...

mampu ke kerajaan malaysia? hutang dengan bank dunia beratus billion tak settle lagi. ni bukan mampu. ni nak mampus nme nye. memang la bagus dapat bonus. tp kalau bonus datang dari hutang wtpe. umpama pinjam PTPTN. dok rasa diri berduit tapi tak sedar start je keje, kne bayar balik.

sedutzone said...

heheheh.. Alhamdulillah, walaupun saya takder kena-mengena, xkerja kerajaan, tetap tumpang gembira...

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...