Kesan Buruk Makan Kuning Telur



Walaupun kuning telur kaya dengan nutrisi, tetapi memakan kuning telur secara kerap boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.

 
Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital. Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.

Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke.

Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.

“Telah diketahui sejak lama bahawa pengambilan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko kardiovaskular, dan kuning telur memiliki kolesterol yang sangat tinggi. Pada penghidap diabetes, mengambil telur dalam sehari dapat meningkatkan antara 2 hingga 5 kali ganda risiko koroner.” kata Dr. Spence, yang mengetuai kajian.

4 comments:

MrJep said...

Saya suka makan telur..seminggu 5 kali..huhu

Aaizaatt Bin Azhar said...

Ohh. takut nyer nak makan!!!

Sue PeLik said...

yer ker??? baru tahu. huhuhu tak nak makan dah! takut nyaaa saya! huhuhu

cik neto said...

telur boleh makan semingu 2 kali jek kalo dlm diet pemakanan.. hahaha.. kalau hantu telor tu xboleh nk buat apa lah :)

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...