Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.
Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke.
Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.
“Telah diketahui sejak lama bahawa pengambilan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko kardiovaskular, dan kuning telur memiliki kolesterol yang sangat tinggi. Pada penghidap diabetes, mengambil telur dalam sehari dapat meningkatkan antara 2 hingga 5 kali ganda risiko koroner.” kata Dr. Spence, yang mengetuai kajian.
4 comments:
Saya suka makan telur..seminggu 5 kali..huhu
Ohh. takut nyer nak makan!!!
yer ker??? baru tahu. huhuhu tak nak makan dah! takut nyaaa saya! huhuhu
telur boleh makan semingu 2 kali jek kalo dlm diet pemakanan.. hahaha.. kalau hantu telor tu xboleh nk buat apa lah :)
Post a Comment