Tips Untuk Sentiasa Bersangka Baik Sesama Insan



Nasehat Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

11 comments:

Titisan Hujan said...

konklusinya
bersangka baiklah

Muttallif said...

Sentiasa bersangaka positif untuk memudahkah kerja-kerja harian kita. :)

Nor Zilla Sensei said...

jika ada pape masalah, alhamdulillah sy sentiasa berpikir +ve.

Suburbanzero said...

sentiasa positif minda, positif emosi. insyaAllah dipermudahkan jalan

~LoVE PiNk~ said...

nice info..

alwaz think +ve..

trah zain said...

always think positive, never put ourself on top.
nice entry KB (^__^)

Cikgu Az said...

jom ke blog juga n follo a http://takmungkinbenar.com

Tinta Lana said...

Assalammualaikum KB.

Bukan mudah nak bersangka baik kan..lebih2 lgi dgn org yg tidak kita kenali. Dengan apa yg berlaku skrg ni, kita salu salah menilai..

Bersangka baik biar berpada2..bersangka buruk sekali skala tiada salahnya..langkah berjaga2..hehehe

ZouL said...

think positive 24jam pun sebnarnya tak bgus gak..akan buat kita lupa diri....

Intan Norhaida said...

erm..... mmg senang bercakap tp nk execute dia susah gak.... kena muhasabah diri dlu... :)

babycomel said...

bersangka baik & positif lah insyaAllah hati kita akan lebih tenang..

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...