Hadis - Hadis Dha'if & Palsu Yang Masyhur Di Kalangan Masyarakat



Ini adalah himpunana hadis Dha'if dan Maudhu' yg tersebar luas di kalangan masyarakat/khatib/penceramah/pendakwah. Hadis Shahih sudah memadai tanpa perlu mengambil hadis Dha'if.

1. Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan)

2. Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput. (Albani: Tidak ada asalnya)

3. Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani: Tidak sah dari Nabi s.a.w.)

4. Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa. (Albani: Tiada asalnya)

5. Hanyasanya aku dibangkitkan sebagai guru. (Albani: Dha'if)

6. Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu.(Albani: Maudhu')
7. Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak. Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat). (Albani: Terlalu Dha'if)

8. Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'. (Albani: Maudhu')

9. Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)

10. Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini Allah akan mengadap wajahnya dan seribu malaikan akan memohon keampunan untuknya. (Albani: Dha'if)

11. Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat. (Ibnu Hajar: Aku tidak mengenalinya).

12. Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)

13. Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (Albani: Dha'if)

14. Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu')

15. Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah2 menziarahiku semasa aku hidup. (Albani: Maudhu')

16. Ikhtilaf di kalangan umatku adalah rahmat. (Albani: Tiada asalnya)

17. Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana2 yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk. (Albani: Maudhu')

18. Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya. (al-Asrar al-Marfu'ah & tazkirah al-Maudhu'aat: Maudhu')

19. Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. (Ibn Taimiyah: Tiada isnad yang tersabit)

20. Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang besar. (Al-Saghani: Maudhu')

21. Bekas mulut orang beriman adalah ubat. (Tiada asalnya)

22. Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah Allah, al-Mahdi. (Dha'if)

23. Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. (Tiada asalnya)

24. Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing. (Tiada asalnya)

25. Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga. (Tiada asalnya)

26. Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar. (Maudhu')

27. Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy. (Maudhu')

28. Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham. (Maudhu')

29. Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai Allah daripada seorang ahli ibadah yang bakhil. (Terlalu Dha'if)

30. Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab.(Maudhu')

31. Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali. (Maudhu')

32. Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. (Maudhu')

33. Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid. (Dha'if)

34. Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya. (Maudhu')

35. Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. (Dha'if)

36. Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)

37. Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia.(Maudhu')

38. Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa kefakiran selama2nya. (Dha'if).

39. Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka. (Dha'if)

40. Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

41. Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

42. Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan di-iqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.(Maudhu')

43. Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya seratus pahala mati syahid. (Terlalu Dha'if)

44. Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat pahala mati syahid. (Dha'if)

45. Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim a.s.) (Tiada asalnya)

46. Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)

47. Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat munafiq. (Dha'if)

48. Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik. (Tiada asalnya)

49. Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia bernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang diazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini kebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah. (Maudhu')

50. Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya. (Maudhu')

51. Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')

52. Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka. (Tiada asalnya)

53. Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari Allah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina). (Maudhu')

54. Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.(Maudhu')

55. Barangsiapa yang takut azab Allah, maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah akan menjadikan takut terhadap segala sesuatu. (Dha'if)

56. Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'-Ku dan tidak bersabar atas bala'-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu. (Dha'if)

57. Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yg fasiq. (Hadist Maudhu)


58. Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya , maka hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata : Wahai Si Fulan ! Wahai Si Fulanah . Kerana dia ( si mati ) itu akan mendengarnya . Hendaklah yang bangun itu berkata lagi : Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah . Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk . Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH sehingga akhir. (Hadis ini Dhoief)


59. Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah , tidaklah menyesal bagi orang yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana. (Hadist Maudhu)

60. Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan tersebut Ð dari rambut, kuku dan darah yang dibekam Ð ke tanah perkuburan BaqieÕ untuk ditanam. (Hadist Maudhu)

61. Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati. (Maudhuk: Kasyful Khafa')

62. Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.. (Dha'if, al-Ilal Ibnu Abi Hatim)

63. "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkan jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap.." (Maudhu', al-Haitsami)

64. Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya (Dha'if)

65. Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya.(Dha'if)

66. Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain.(Maudhu')

67. Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan sesuatu yang tetap/hebat di dalam hatinya. (Tiada sumbernya)

68. Tahiyat/menghormati Ka'bah adalah tawaf. (Tiada sumbernya)

69. Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia berada di dalam pemerhatian Allah. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaik-baik yang patut dipalingkan kepadanya. (Dhaif jiddan)

70. Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah Allah itu tertidur?" Maka Allah mengutus malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta memberikannya dua buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia diperintahkan supaya menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua tangannya hampir berlaga. Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua tangan yang memegang botol. Lalu dia kembali mengantuk dan tertidur sehingga berlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah dua botol itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah Allah itu tertidur sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali. (Dha'if)

71. Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan memberikannya keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya. (Dha'if Jiddan/sangat lemah)

72. Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung. (Maudhu')

73. Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apa yang tetap di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan. (Maudhu')

74. Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa a.s. dan cincin Sulaiman a.s. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir." (Munkar)

75. Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian datang labah-labah membuat sarang di pintu gua. (Dha'if)

76. Nabi s.a.w. telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut, dan berwudhu'lah." Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah. Sesungguhnya Allah tidak malu daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w., apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu' semuanya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Bangunlah kamu sekelian dan berwudhu'lah." (Bathil)

77. Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya: Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan berkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai satu denda (dikeluarkan secara paksaan). (Dha'if)

78. Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan. (Maudhu')

79. Mencari yang halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya Allah mencintai seorang mukmin yang mempunyai pekerjaan. (Dha'if)

80. Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al-Quran adalah surah al-Rahman. (Munkar)

81. Penghulu kepada suatu kaum itu ada khadam kepada mereka. (Dha'if)

82. Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al-Quran. (Dha'if)

83. Syair Umaiyah bin Abi Shalt beriman tetapi hatinya kafir. (Dha'if)

84. Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan. Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimana yang kamu lakukan maka itulah yang kamu perolehi. (Dha'if)

85. Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang.(Dha'if Jiddan)

86. Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur Allah. (Dha'if)

87. Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus ke dalam neraka. (Dha'if)

88. Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur Allah. (Dha'if)

89. Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta bagi yang tiada berharta. Yang menghimpun dunia ini ialah orang-orang yang tidak berakal. (Dha'if Jiddan)

90. Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air (Tiada sumbernya)

91. Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah istighfar. (Maudhu')

92. Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. (Tiada asalnya)

93. Barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan Ramadhan bukan sebab rukhsah dibenarkan oleh Allah, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa seumur hidup. (Dha'if)

94. Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.(Maudhu')

95. Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talaq. (Dha'if)
96. Apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba mengucapkan: Thala'al Badru Alaina.. (Dha'if)

97. Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu. (Dha'if)

98. Allah S. W. T telah berfirman: Aku adalah Allah, Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tangan-Ku. Sesungguhnya apabila hambaKu mentaati-Ku, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkari-Ku, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingati-Ku dan merayu kepada-Ku supaya Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka. (Dha'if jiddan)

99. Hadis azan dan iqamah di telinga bayi. (Dha'if jiddan)

100. Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang yang bijaksana. Maka apabila dia menemuinya, dia lebih berhak memilikinya. (Dha'if)

5 comments:

faie mohamad said...

wah banyaknye..
tak sangka selama ni kita byk berpegang pd hadis palsu.
thanks for sharing :)

btw saya follow sini^^

miz ruha said...

thanks for sharing..:)

roziahojijie said...

Pehh . byk nye .. thx for the info :)

Miss Fifi said...

nice sharing..
bnyak rupanye hadis palsu ni..
thanks for the info :)

lelamaisara said...

wah banyaknye ..

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...