Cara Menghilangkan Nafas Berbau



Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita.

Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah deng
an :

(1) Bersihkan lidah- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.
Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

(2) Mengunyah gula-gula getah- Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

(3) Menghisap kulit kayu manis- Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

(4) Pastikan mulut sentiasa lembap- Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

(5) Pemakanan- Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

(6) Ubat kumur- Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

(7) Masalah perubatan- Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

9 comments:

trah zain said...

yg masalah perubatan tu, xleh nk kata ap ar cos dah nasib dorang, yg jenis x concern pasal penjagaan gigi ni yg xblh thn, mmg xsyok la kalau dah besar2 buat prangai cam bdk2 ni kan?
p/s:
geram dgn org yg xjaga gigi

Tukang Karut said...

masa puasa ni memang mulut agak busuk sikit...

Titisan Hujan said...

setuju dgn TK

suweet kiwee said...

wuuu info yg menarik :)

PaK PiS said...

pas makan dlu slalu mkan gula getah..huhu

cik yuyu said...

nice tips.. thankz..

Afiq Din said...

blh pakai nti nih

Cik Yaya said...

slalu wat no.1 dgn 6 je..
thnks 4 da tips..^,^

Azee Hana said...

jap,,nak bau..mulut saya bau x ..hee..nway,,nice info..thanks..=)

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...