Punca dan Sebab Kenapa Sering Buang Air Kecil ?


Ini lah antara sebab musabab nya :



1. Kapasiti pundi kencing. Pundi kencing wanita lebih kecil daripada lelaki sehingga lebih cepat penuh.


2. Haid. Hormon dalam tubuh wanita terus berubah sepanjang bulan. Tepat sebelum haid , seorang wanita biasanya menahan sejumlah cecair. Beberapa saat selepas haid bermula , cecair tambahan itu meninggalkan tubuh. Hal ini menyebabkan buang air kecil lebih banyak dan sering.


3. Kehamilan. Pada awal kehamilan , tekanan uterus (rahim) ke pundi kencing membuat wanita harus buang air kecil lebih kerap. Buah pinggang juga bekerja lebih cepat selama kehamilan dan menyebabkan pengeluaran air kencing yang lebih banyak. Aksi hormon tertentu selama kehamilan membuat dinding pundi kencing lebih lembek dari biasanya, yang juga meningkatkan dorongan untuk buang air kecil.


4. Sistitis. Cystitis adalah jangkitan saluran kencing di mana uretra dan pundi kencing meradang oleh bakteria. Gejala utama cystitis adalah dorongan kuat untuk buang air kecil, namun hanya sejumlah kecil air kencing yang keluar. Saluran kencing, perut dan punggung bawah mungkin terasa sakit.


5. Diabetes. Pada pesakit diabetes, gula dalam darah yang tinggi (lebih dari 250 mg / dL) meningkatkan kepekatan (osmolalitas) darah. Hal ini cenderung untuk menarik cecair keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah melalui osmosis. Buah pinggang anda mendapatkan peningkatan beban cecair untuk diolah, sehingga meningkatkan kekerapan kencing.


6. Minum berlebihan. Beberapa orang kehausan terus-menerus sehingga banyak minum.Pada akhirnya, kelebihan cecair itu harus dibuang dengan sering buang air kecil. Dalam kes seperti ini, anda perlu mencari punca rasa haus. Memakan sesuatu yang mengandung garam tinggi boleh menyebabkan rasa haus dan itu normal. Namun, jika anda selalu haus tanpa alasan yang jelas, sebaiknya berunding dengan doktor. Salah satu kemungkinan penyebabnya adalah diabetes.


7. Kafein. Kafein boleh mempengaruhi hormon antidiuresis (ADH). Hormon ini bekerja untuk memastikan bahawa tidak terlalu banyak air yang dikeluarkan ke dalam air kencing. Kafein mempunyai kesan menghalang ADH sehingga menyebabkan lebih banyak air yang dikeluarkan dalam air kencing dan lebih sering buang air kecil. Oleh kerana itu, anda disyorkan untuk meminum segelas air putih untuk setiap cawan kopi yang anda nikmati.


8. Ubat. Beberapa ubat-ubatan mempunyai kesan diuretik yang menyebabkan lebih sering kencing untuk sementara. Anda akan kembali normal selepas berhenti meminumnya.


9. Pundi kencing hiperaktif. Orang yang mempunyai pundi kencing terlalu aktif mempunyai keperluan untuk buang air kecil sangat sering dalam beberapa saat dan kemudian mungkin berhenti. Orang tua lebih terdedah kepada keadaan ini kerana mereka lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit yang menyebabkannya. Pundi kencing hiperaktif juga boleh terjadi pada mereka yang tertekan secara emosi atau kemurungan.


10. Pembesaran prostat. Pembesaran prostat boleh menyebabkan kekerapan kencing lebih kerap kerana iritasi pundi kencing, yang membuat dorongan lebih sering untuk kencing.Prostat yang menekan uretra juga membuat pengosongan pundi kencing tidak sempurna dan sebahagian air kencing masih tersisa. Hal ini membuat pundi kencing lebih cepat penuh dan sering buang air kecil.


11. Gangguan hormon. Hormon manusia sangat kompleks dan beberapa di antaranya dapat mempengaruhi sistem kencing. Jika anda mempunyai banyak gejala yang tidak jelas, termasuk sering buang air kecil, mungkin penyebabnya adalah gangguan hormon. Turun naik kecil dalam tahap hormon sering berlaku (terutama pada wanita) dan biasanya tidak serius.


12. Keadaan lain. Keadaan lain yang boleh menyebabkan polyuria adalah penyakit buah pinggang polisistik , penyakit anemia sel sabit , pielonefritis , amiloidosis , sindrom Sjogren



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...