Solat : Setiap Waktu , Ada Dosanya Tersendiri



Apa maksud solat ? 

Maksud solat adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggotabadan , lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan . Lebih jelas apa yang dikatakan solat ialah  :

Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut syarat dancara-cara yang ditentukan .

Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah disertai dengan niat dan rasa takut serta rendah diri kepadaNya , sambil mengakui keagungan , kesempurnaan dankekuasaanNya  .

Menyatakan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah , denganperkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak . Berhadapan dengan Allahdengan penyertaan seluruh jiwa dalam keadaan khusyuk dan rasa ikhlas sambilberzikir , membesarkan Allah dan berdoa .

Mengapa Bersolat ? 

Setiap orang mukmin wajib mengerjakan solat atau sembahyang kerana solat itu adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan . Antara Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 110 :

Maksudnya : 

"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah . Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan ."

Dosa Orang Yang Tidak Melakukan Solat :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar .

Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya .

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan .

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya . 

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya . 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...