Cara mengelakkan keguguran rambut
- Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala . Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit . Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih . Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut .
Cara menghilangkan kerutan di dahi
- Tarik bahagian bawah dahi ke atas dengan menggunakan kedua-dua tangan sehingga kiraan kesepuluh , setelah itu arahkan gerakan tangan ke samping dahi agar otot-otot dahi dapat tertarik .
Cara melebatkan bulu kening
- Bakar dua biji buah keras hingga hitam . Kemudian tumbuk hingga halus . Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur . Keesokkannya bersihkan dengan air . Kening akan nampak lebih lebat dan menarik .
Cara melentikkan bulu mata
- Ambil daun lidah buaya . Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur . Lakukannya berterusan .
Cara mengelakkan mata rabun
- Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam , kangkung , sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata .
Cara hilangkan kedutan bawah mata
- Tekapkan hirisan timun ataupun tomato pada kedua-dua mata selama beberapa minit . Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur .
Cara menghilangkan jerawat
- Basuh muka dengan air basuhan beras . Setelah kering cuci dengan air bersih . Amalkan selalu .
Cara menjaga kuku
- Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek .
Cara memutihkan gigi
- Berkumur-kumur dengan air mineral dapat membuang kotoran dan plak yang ada pada gigi . walaupun tidak sefektif menggunakan sikat gigi , tetapi cara ini selamat untuk dilakukan .
Cara menghilangkan parut
Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.
0 comments:
Post a Comment