Hari ini adalah hari pertama bagi saya. Allah telah memberi hari ini untuk saya pergunakan dengan sebaik-baiknya. Saya tidak akan mensia-siakannya tetapi apa yang akan saya lakukan pada hari ini amat mustahak kerana semalam tidak akan kembali lagi untuk meninggalkan sesuatu yang dapat saya pergunakan dengan baik. Saya ingin hari ini mendatangkan keuntungan bukan kerugian, kebaikan bukan kejahatan dan kejayaan bukan kekalahan. Dengan itu saya tidak akan meyesal atas tindakan saya.
Tekun dan berusaha
Setiap yang berlaku ada permulaannya. Jika anda ingin menaiki basikal, anda mesti melalui jatuh, bangun dan luka. Begitu juga dengan kejayaan hidup. Kita perlu mempelajari sesuatu asas dan ketekunan untuk berjaya. Dengan menggunakan asas tersebut, ini akan membantu seseorang itu mahir dalam bidang yang diceburi. Mereka akan membuat sesuatu kerja dengan sempurna dan berterusan walaupun hanya mendapat ganjaran yang kecil.
Menerima takdir seadanya
Seandainya seseorang itu ditakdirkan menjadi tukang sapu, dia harus menyapu sebaik Michelangelo melukis, sebaik Bethoven mencipta lagu atau sebaik Shakespeare menulis sajak. Dia harus menyapu jalan sebaik mungkin sehingga semua kehidupan di dunia akan berhenti untuk berkata, anda adalah “Juara” menyapu jalan dengan hebat.
Bertindak mengikut akal
Orang yang berjaya bukanlah semestinya orang-orang yang bijak, tetapi mereka yang berupaya mempelajari sesuatu dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Mereka kurang bercakap tetapi banyak berfikir. Mereka bertindak mengikut akal dan jarang bertindak mengikut nafsu.
Kesedaran nilai diri
Anda perlu merasa dicintai dahulu sebelum anda memberi cinta kepada yang memerlukan. Kesedaran nilai diri andalah yang akan menentukan kualiti kecemerlangan anda. Kecemerlangan sebenarnya merupakan cermin keperibadian yang bukan dinilai dengan ukuran kekayaan dunia.
1 comments:
infomative..keep it up..datang jengok kembali!!
Post a Comment