Tips Sekiranya Anda Terlibat Dalam Kemalangan




Berikut adalah langkah – langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :

1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.
2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan – kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor).
3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.
4. Jika kereta boleh di pandu… Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.
5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori
tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.
6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)
7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.
8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.
9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak – pihak yang terbabit dengan kemalangan.
10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.
11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat – maklumat yang dikehendaki.
12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.

Tips :
- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.
- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut ganti rugi insuran.
- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang – barang berharga di ambil atau dipindahkan daripada kereta anda.
- Elakkan daripada menyerahkan bulat – bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi, bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu – buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan – rakan yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.

Amaran !
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan tempat kejadian sebelum mengambil data – data yang disebutkan di atas.

1 comments:

BeLLa said...

nice entri :)

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...