Belajar Bersyukur



Banyak orang di sekeliling kita merungut tentang kejadian yang menimpa dalam hidup mereka. Dan kami yakin bahawa setiap orang (anda dan saya) pasti pernah mengalami hal ini. Sebenarnya apa penyebab kita merungut atau merasa tidak puas tentang apa yang kita capai ketika ini? atau mungkin kita merungut  dengan setiap masalah dalam hidup kita? 

Cuba anda sisihkan waktu sejenak untuk bersyukur atas hal-hal baik dalam hidup anda. Renungkan tentang apa yang telah anda capai, orang-orang yang memerhatikan anda, pengalaman yang telah anda dapatkan, kemahiran dan minat yang anda miliki; apa yang anda percayai, dan hal-hal yang terindah dalam hidup anda.
Hal-hal yang anda hargai, pelihara, dan jaga akan terus meningkat dalam hidup anda. Kelimpahan bermula dengan dengan rasa syukur. Dengan rasa syukur yang tulus, anda menghargai apa yang telah anda miliki, yang selanjutnya akan mendorong anda secara mental, spiritual, dan fizikal untuk mencapai apa sahaja yang menjadi tujuan anda.

Bagaimana mungkin anda mendapatkan hal-hal yang lebih besar, bila anda tidak bersyukur atas apa yang telah anda miliki saat ini? Toh semuanya, hanya boleh bermula dengan apa yang anda telah miliki tersebut.

Anda tahu, bahawa anda boleh mencapai tujuan, kerana anda pernah merintis hal seperti itu. Pengalaman adalah milik anda yang patut disyukuri. Siapa bilang tidak ada perkara yang boleh disyukuri?
Segalanya dalam liputan anda apabila anda bersyukur akan apa yang telah anda dapatkan. Belajar untuk bersyukur, kerana dengan bersyukur kita mendapat kekuatan untuk dapat menanpakkan langkah kaki kita dengan mantap sekalipun banyak halangan atau cabaran dalam hidup kita.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...