Berapa Lama Manusia Dapat Bertahan Tanpa Tidur?



Berapa lama kamu boleh bertahan tanpa tidur? Faktanya, seseorang boleh berusaha terjaga (tidak tidur) selama 11 hari berturut-turut. Tetapi ada Pada tahun 1964 di California, seorang pelajar usia 17 tahun bernama Randy Gardner membuat keputusan untuk tidak tidur selama 11 hari (264 jam) berturut-turut. Kajian menunjukkan, Randy akhirnya menderita masalah daya ingat, paranoia (ketakutan berlebihan) dan halusinasi.

Kajian lain membuktikan, kekurangan tidur pada tikus boleh menyebabkan penyakit Alzheimer. Kurang tidur kronik juga boleh menyebabkan kegemukan, tekanan darah tinggi, kemurungan, dan kencing manis baik pada manusia maupun haiwan.

Tahukah anda bahawa tidur membantu otak kita mengembangkan dan membuat hubungan saraf otak, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mengembalikan ingatan, memproses maklumat dan membantu penyembuhan badan. Menurut polling National Sleep Foundation tahun 2011, 43 peratus dari warga AS berkata, mereka jarang atau tidak pernah mendapatkan tidur yang cukup pada malam hari. Sementara itu, 15 peratus orang dewasa dan 7 peratus dari anak usia 13-18 tahun hanya tidur kurang daripada enam jam setiap hari.

Jadi, berapa banyak tidur yang anda benar-benar perlukan? Para penyelidik mengatakan bahawa tidak ada "tempoh wajib", tetapi pada wanita umumnya tidur lebih lama daripada lelaki, dan bayi tidur lebih lama dari orang tua. Tubuh kita sebenarnya memaksa kita untuk tidur dengan penambahan kecil (disebut microsleeps) ketika kita sudah terlalu lama tidak berehat.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...