Dunia Yang Menipu



(Surah Luqman, 33; Fathir, 5; Ali ‘Imran 185; al-Hadid, 20)

Ketahuilah bahawa perumpamaan penduduk dunia ini dalam hal ghaflah dan kelalaian mereka bagaikan suatu kaum yang sedang menaiki bahtera. Bahtera melintasi suatu pulau. Nakhoda menyuruh para penumpang turun dari kapal untuk menunaikan hajat keperluan masing-masing, sambil mengingatkan bahawa jangan singgah terlalu lama, kerana masa singgah hanya sebentar. Masa keberangkatan kapal semula sangat dekat. Para penumpang bertebaran di seluruh penjuru pulau nan indah memikat.

Satu kumpulan di kalangan mereka menunaikan hajat keperluan dengan bijkak dan segera, kemudian mereka bergegas menaiki kapal semula. Mereka dengan mudah memilih tempat di dalam kapal, duduk di first-class, tempat yang paling selesa dan menyenangkan.

Sekumpulan lain agak lama transit di pulau tersebut. Mereka terpesona menyaksikan gemerlapan cahaya lampunya yang berwarna warni. Taman-taman bunga nan indah. Pepohonan nan rindang menyejukkan. Kicauan burung-burung yang merdu, lirik lagu-laguan yang teratur dan memukau. Mereka mengamati tanah dataran pulau yang terdapat padanya batu-batu, permata, mutiara yang beraneka warna dan corak yang indah dan memikat mata memandang beserta seni ukirnya yang unik memikat dengan permata zamrud dan corak bentuk yang sangat ajaib. Kemudian mereka teringat jadual keberangkatan bahtera yang sangat suntuk, lantas mereka bergegas menaiki kapal. Ternyata tempat yang mereka dapati sangat sempit menyusahkan. Merekapun duduklah di tempat tersebut.

Kumpulan ketiga sibuk mengaut batu-batu permata yang memikat hati mereka. Mereka tertarik dan terus membawa bersama ke dalam bahtera yang telah pun penuh sesak. Barangan yang mereka bawa menyusahkan diri mereka sendiri. Akhirnya mereka dibalut penyesalan kerana membawa bersama batu permata tersebut. Mereka tak berupaya membuang dan meninggal-kannya, sedang di dalam bahtera tak tersedia tempat untuk meletakkan barangan. Akhirnya mereka terpaksa memikulnya sendiri di atas pundak masing-masing. Mereka sungguh menyesal mengambil barangan tersebut, suatu sesalan yang tak membawa sebarang erti.

Golongan keempat sibuk menjelajahi pulau nan kelihatan indah sehingga mereka terlupa menaiki bahtara. Mereka pergi cukup jauh menjelajahi pelbagai taman-taman rekreasi sehingga tak terdengar seruan nakhoda kerana terlalu sibuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan, menyaksikan gemerlapan lampu hiasan warna-warni, melihat pepohonan nan indah. Dalam masa yang sama mereka khawatir terhadap diri mereka diserang oleh binatang buas, bimbang terjatuh ke dalam lubang dan jurang yang dalam. Cemas melihat duri-duri yang mengait pakaian mereka, duri dahan-dahan kayu yang melukai badan, duri-duri berbisa yang menusuk telapak kaki, suara seram menakutkan, pelbagai pengait yang mengoyakkan pakaian menyebabkan aurat mereka terdedah yang akan menghalangi mereka meneruskan perjalanan seandainya mereka menginginya. Akhirnya setelah mereka terdengar suara panggilan nakhoda, barangan yang mereka bawa bersama sungat menyusahkan mereka. Ternyata bahtera sudah penuh, akhiranya mereka terdampar di pantai serta mati kelaparan.

Sementara golongan kelima mereka juga tidak mendengar panggilan nakhoda, bahtera telahpun meneruskan perjalanan. Di kalangan mereka ada yang jadi mangsa binatang buas yang ganas, ada yang sesat kebingungan sehingga mati dalam perjalanan, ada yang mati tenggelam dalam timbunan lumpur, ada yang dirantap ular. Mereka akhirnya hancur berkecai bagaikan bangkai-bangkai kering yang busuk. Terdapat di kalangan mereka yang sempat menaiki bahtera, namun mereka mengalami kesusahan beban banyak yang mereka bawa bersama dari pelbagai jenis bunga-bungaan, batu, dan mutiara. Kesibukan mengurus barangan mereka menye-babkan mereka diliputi kegundahan, kerana susah menjaganya bimbang akan kehilangannya, dan barangan tersebut pula menyempiti tempat duduk mereka di dalam bahtera.

Dalam pada itu, ternyata bunga-bungaan yang mereka bawa dalam masa yang singkat sahaja telahpun layu dan reput, warnanya pudar, batu dan permata perhiasan juga memudar, bahkan semuanya mendatangkan bau busuk. Di samping harta benda tersebut membuat suasana sesak dan sempit, bau busuknya pula menyakiti dan menyayat hidung, bentuk rupanya menyakiti mata memandang.

Tidak ada pilihan lain selain barangan tersebut terpaksa di buang ke dalam laut. Buah-buahan yang mereka makan di pulau, menjejaskan kesihatan mereka. Sebaik tiba di destinasi mereka mengalami pelbagai penyakit akibat bau busuk, demiki-anlah para pemilik barangan tersebut tiba dalam keadaan menderita sakit.

Demikianlah kisah mereka sesiapa yang agak terlambat masuk bahtera, ia hanya memiliki tempat yang tidak selesa dalam bahtera mereka terpaksa bersempit-sempit seketika. Sebaik tiba di negeri tujuan mereka baru merasa keselesaan.

Sedang penumpang yang awal menaiki bahtera mendapati tempat yang cukup lapang, mereka tiba di destinasi dengan selamat dan selesa.

Inilah perumpamaan penghuni bumi dalam hal kesibukan mereka mengurus habuan keduniaan yang bersifat sementara, dan perihal mereka lupa akan asal kejadian mereka, alpa terhadap kehidupan di hari esok. Betapa kejinya golongan yang menduga mereka bijak bestari dan berakal sedang mereka terperdaya oleh permata, yakni emas dan perak, terpukau dengan rumput mati yang kering kontang, yakni segala perhiasan dunia. Sedangkan sedikit-pun tidak akan dibawanya di saat panggilan ajal telah tiba. Malahan harta benda dunia akan mendatang-kan beban dan bencana ke atas pemi-liknya. Sementara ia dalam kehidupan sekarang ini sibuk dengannya, sedih dan bimbang memikirkannya.

Demikianlah perihal umat manusia, kecuali segelintir hamba yang dikasihi dan dipelihara oleh Allah swt. (Ihya’ulumuddin, ms 1193).

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...