Fakta Tentang Telur Ayam



  • Telur ayam mempunyai nilai penggunaan protein (net protein utilization) 100 % berbanding dengan daging ayam (80 %) dan susu (75 %).
  • Kulit telur terdiri daripada kalsium karbonat yang juga merupakan bahan utama beberapa jenis antacids. Sekitar 9-12 % berat telur terdiri daripada kulitnya. Kulit telur juga memiliki pori-pori halus yang membolehkan oksigen masuk dan karbon dioksida serta lembapan keluar.
  • Putih telur mengandungi protein yang disebut albumen dan niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), klorin, magnesium, potasium, sodium dan sulfur. Putih telur juga terdiri daripada 57 % dari protein telur.
  • Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina. Makin banyak dedak yang dimakan oleh ayam betina, makin teranglah warna kuning telurnya.
  • Warna telur juga penting dalam menentukan usia telur dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindarkan daripada makan telur yang berwarna putih kemerah-merahan atau yang sudah berubah ke warna lain.
  • Kadang-kadang akan ada sedikit darah dalam telur. Darah ini berasal daripada pembuluh darah di bahagian kuning telur yang pecah. Namun telur ini tetap boleh dimakan.
  • Ketika ditetaskan, suhu telur berada sekitar 40.5 darjah Celcius. Sekiranya suhu semakin dingin, cairan di dalamnya akan mengendap dan membentuk sel udara antara dua lapisan telur.
  • Seekor ayam betina mampu bertelur 250-270 telur setiap tahun nya.
  • Sebahagian besar rakyat Amerika lebih suka kepada telur ayam yang berwarna putih. Di Malaysia pula, telur ayam kebanyakannya berwarna coklat.
  • Jika dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau yang lebih hamis dan kulitnya memiliki pori yang lebih besar sehingga lebih sesuai untuk dijadikan telur masin.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...