Petua Merawat Bengkak Gusi



Kebiasaannya apabila berhadapan dengan masalah sakit gigi, adakalanya ada segelintir daripada kita akan mendapati gusi menjadi bengkak dan kelihatan merah-kemerahan. Punca terjadinya gusi bengkak itu lazimnya disebabkan kekuranganvitamin C atau kurang menggosok gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi. Ada juga individu yang tidak menyedari gusinya bengkak walaupun tidak berasa sakit. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak menjamu sebarang makanan.

Satu petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garamatau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan.

Atau

Satu lagi caranya ialah berkumur dengan air kunyit.

Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman tu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari.

Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu bengkak pada gusi tu akan beransur surut dan sembuh.

1 comments:

Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Hotlink satu

iskandarx[dot]com

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...