Ibrahimovic : Antara Gaji Pemain Bolasepak Tertinggi Di Dunia



Pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia apabila kelab mewah Perancis, Paris St. Germain (PSG) bersetuju untuk membayar gaji £220,000 (RM1,084,277) seminggu, musim depan.

Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan berjumlah £18 juta (RM88 juta) dari AC Milan ke PSG.
Bagaimanapun, jumlah itu akan meningkat kepada £11.4 juta (RM56.19 juta) setahun sekiranya beliau berjaya mencapai sasaran kelab tersebut.

“Saya akhirnya di Paris. Impian saya untuk bermain bersama PSG menjadi realiti.

“Bagi saya, perpindahan ini merupakan satu langkah besar dalam karier saya, kerana bermain dengan PSG adalah perkara yang luar biasa.

“Jadi, saya gembira menjadi sebahagian bersama keluarga PSG. Dan saya berjanji akan memainkan peranan dalam menaikkan imej kelab ini nanti,” kata Ibrahimovic.

Tambah Ibrahimovic, “memang benar bahawa saya tidak mengetahui tentang Liga Perancis tetapi saya yakin mampu beraksi dengan baik.”

PSG yang dimiliki oleh jutawan Qatar, bersedia untuk memperkukuhkan skuad seperti usaha yang dilakukan oleh kelab mewah England, Manchester City, sekali gus memburu gelaran pertama Liga Perancis sejak kali pertama melakukannya pada tahun 1994.

Sementara itu, pengarah sukan PSG, Leonardo berkata, mereka gembira apabila akhirnya berjaya membawa seorang pemain yang berkaliber dalam kelab itu.

“Ini adalah tahun yang besar untuk PSG. Ini kerana seorang pemain yang berkaliber telah datang ke Paris.

“Dan saya yakin, Ibrahimovic mampu membantu kami dan merealisasikan PSG untuk memburu gelaran pertama Liga Perancis nanti,” kata Leonardo.

5 comments:

Cik tikah said...

untunglah dia :)

SoLy SoLicious said...

pergghh~ terbeliak bijik mata ha...

Unknown said...

kalu gaji besar, tak bayar zakat buat apa?? ahakz...

Unknown said...

wah kayo kayo..

ZouL said...

kaya la dia pasniiii

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...