Tips Menjimatkan Elektrik




Tip Jimat Elektrik 1:
Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.
Tip Jimat Elektrik 2:
Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode ‘standby’.
Tip Jimat Elektrik 3:
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.
Tip Jimat Elektrik 4:
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
Tip Jimat Elektrik 5:
Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.
Tip Jimat Elektrik 6:
Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.
Tip Jimat Elektrik 7:
Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan (‘overload’) atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
Tip Jimat Elektrik 8:
Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
Tip Jimat Elektrik 9:
Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.
Tip Jimat Elektrik 10:
Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya ‘freezer’ peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

3 comments:

sHiMi sHinHae~ said...

kurangkan pembaziran elektrik !

Afiq Din said...

byk blh jimat nih..
tpi perlukan kerjasama dari sume pihak

iya said...

good info...ehehehe...didik diri kemudian lain :)

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...