Tips Sepanjang Bulan Ramadhan


Ramadhan Marhaban Ya Ramadhan, setahun telah berlalu dan kini dengan segala puji bagi Allah SWT kita telah dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat, berkat dan keampunan. Dengan ini saya ingin berkongsi petua yang baik untuk diamalkan sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut ini beberapa Tips Bulan Ramadhan yang semoga menjadikan kita istiqamah dalam mengisi kegiatan seharian di bulan Ramadhan 1433 H.
Waktu Sahur
· Membaca sepotong ayat Al-Quran sebelum melakukan sahur.
· Sahur menjelang solat subuh.
· Berhenti sahur sekurang-kurangnya 10 minit sebelum azan subuh.
Menjelang Subuh
· Fokuskan diri untuk melakukankan solat subuh.
· Memperbanyakkan doa ketika selesai solat subuh.
Setelah Subuh
· Mensyukuri nikmatNya dengan berselawat.
· Luangkan masa untuk mendengar kuliah atau ceramah pagi.
· Membuat sedikit senaman ringan.
· Tadarus Al Qur’an.
· Jangan tidur kembali.
Ketika perjalanan dan di tempat kerja
· Memulakan perjalanan dengan membaca basmalah.
· Memberikan senyuman kepada sahabat.
· Jangan lepaskan hati dari dzikrullah, karena itu akan menentramkan hati kita.
· Menjaga pertuturan, pendengaran dan penglihatan sesama sahabat.
· Apabila emosi tidak terkawal, segeralah berwudhu dan perbanyakkan tadarus Al-Quran.
· Selalu beringat bahawa bulan Ramadhan bukan bulan untuk menjadikan kita malas dalam membuat kerja.
Saat Buka Puasa
· Menyegerakan berbuka ketika tiba waktunya.
· Menyempurnakan kewajiban berbuka dengan solat Magrib berjamaah.
· Melakukan solat sunat Tarawih dengan secukupnya dengan 20 rakaat beserta 3 rakaat witir. Sesungguhnya tiada mazhab yang melakukan kurang daripada itu.
· Setelah selesai solat Insya’ dan Tarawih, makanlah sedikit buah atau kuih.
· Bertadarus berjamaah dengan saling memperbetulkan bacaan sahabat.
Menjelang Tidur
· Tidur dengan waktu yang sesuai untuk bersahur di subuh hari.
· Tidur dengan adab yang betul.
Semoga dengan tips ini dapat kita mendapat kerahmatan dan keberkatan sepanjang di bulan Ramadhan.

2 comments:

Pecinta pink^^ said...

same2 lah mengimarahkan bulan ramadhan:)

purplekyu^_^ said...

nice info :)

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...