Kenapa Babi Haram?



KENAPA BABI HARAM?

Sebenarnya bagi kaum muslimin kenapa babi haram tidak perlu dipersoalkan. PADA KAUM MUSLIMIN babi itu haram adalah KERANA IANYA TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH SWT.

KERANA ALLAH swt jualah yang berkuasa untuk menjadikan babi dan juga menjadikan hukumnya menjadi haram dan kemudian menjadikan babi itu mengandungi kuman-kuman yang tidak dapat dimatikan.

Bukankah ada tiga perkara yang berlainan dalam kenyataan di atas ;

1. Allah swt menjadikan babi.
2. Allah swt menghukumkan babi haram dimakan.
3. Allah swt menjadikan babi itu mengandungi kuman.


BABI HARAM KERANA ALLAH MENGHARAMKANNYA

Apabila Allah swt telah menghukumkan babi itu haram dimakan, walaupun Allah tidak menjadikan apa-apa kuman pun di dalam babi itu. babi itu tetap haram. Kerana ianya telah diharamkan oleh Allah swt.

Kemudian jika Allah swt tidak menghukumkan babi itu haram, tetapi babi itu tetap haram kerana ia mengandungi kuman yang tidak dapat dimatikan.

Tetapi JIKA TIDAK DIHARAMKAN OLEH ALLAH DAN KEMUDIAN ADA pakar Islam yang mengesahkan bahawa kuman babi boleh musnah dengan ubat-ubat tertentu, maka barulah pengharaman itu dapat diketepikan.

Tetapi Allah telahpun mengharamkan memakan Babi. Oleh itu babi tidak dapat dimakan walaupun telah disahkan kumannya hilang.


BUAH KHULDI

Allah juga mencipta pohon dan buah khuldi, ( Khuldi bermaksud kekal, nama ini hanya dinamakan oleh Iblis sewaktu mengoda nabi Adam),

Lalu Allah swt juga mengharamkan kepada Nabi Adam memakan buah Khuldi itu .

Tetapi akibatnya sungguh tidak dapat disangkakan oleh sesiapapun, apabila sahaja buah khuldi itu dimakan pakaian Nabi Adam Dan Hawa terus terlucut dari tubuh mereka. Lalu Nabi Adam dan Siti Hawa malu dan menutupi kemaluan mereka dengan daun-daun syurga.

Bukankah dari cerita nabi Adam ini kita dapat mengambil iktibar bahawa, apa sahaja perkara yang Allah swt larang perlu kita ikuti dan patuhi, walaupun alasan dan akibatnya jika kita melanggar larangan itu tidak ada.


YOU TUBE DAN DAGING BABI

Baru-baru ini, kita boleh lihat dalam you tube maklumat mengenai mengapa babi haram. Iaitu cacing akan keluar dari daging babi jika disiram dengan coca cola, apabila Tetapi maklumat yang amat baik ini telah disabotaj oleh tangan-tangan kafirun yang durjana. Lalu mereka membuat filem-filem lain yang palsu mengenai babi ini dengan niat mahu mempermainkan umat Islam.

Sebenanya pada pandangan penulis tidak susah untuk kita hendak memberhentikan mereka untuk memakan babi ini. Cukup dengan satu teori sahaja maka orang yang suka makan babi akan berhenti memakannya.


TEORI MUDAH PENGHARAMAN BABI

Teorinya yang lain ialah mungkin pengharaman babi ini adalah kerana babi itu berasal dari manusia. Kerana didalam al-Qur’an juga ada menceritakan mengenai ada manusia-manusia yang telah disumpah Allah menjadi Khinzir selain daripada kera. Lihat Surah al-Maidah 5 – ayat 60.

Lalu mungkin kita boleh menerangkan kepada mereka bahawa babi sebenarnya seperti kera. Ia mempunyai banyak persamaan dengan manusia. Cuba kita lihat badannya yang tidak berbulu itu, ianya hampir sama dengan manusia. Selain itu pakar-pakar perubatan juga banyak yang mengatakan bahawa anggota organ dalaman khinzir banyak yang menyerupai manusia. Oleh itu pakar-pakar perubatan ketika ini berlumba-lumba menggunakan anggota badan babi ini untuk dijadikan gantian tubuh manusia yang rosak.

Jika anda ceritakan perkara ini kepada non muslim, dan jika mereka orang yang beradab, maka mungkin mereka tidak akan lagi makan babi selepas ini.


Alasan Pengaharaman

Sebenarnya alasan pengharaman tidak perlu logik, dan tidak perlu terbukti, asalkan pengharaman itu kita yakin ianya dari dalam al-Qur'an dan dari Nabi Muhammad saw, ianya sudah cukup bagi umat Islam.

Kita yakin bahawa Allah swt adalah bebas untuk menciptakan akibat perlanggaran yang kita lakukan. Samada Allah akan menciptakan satu penyakit baru atau Allah swt akan membuat umur pendek dan sebagainya, ianya terpulang kepada Allah swt. atau Allah swt tidak akan menampakkan akibat atau bahaya pelanggaran yang kita buat itu, tetapi hanya akan membalas pelanggaran yang kita buat itu di akhirat nanti.


UJIAN

Namun walaupun bahayanya tidak ditunjukkan oleh Allah swt, kita umat Islam yang benar-benar beriman, masih tetap tidak akan melanggar peraturan Allah swt, Kerana kita yakin bahawa setiap pengharaman atau setiap perintah itu sebenarnya adalah satu ujian dari Allah swt untuk menguji siapa hambanya yang taat dan baik, dan siapa pula hambanya yang kufur engkar lagi durjana.

Bagi hamba-hambaNya yang taat Allah swt berjanji akan memasukkan mereka ke dalam syurga. (mudah-mudahan Allah swt memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang taat)

Manakala bagi yang kufur engkar akan diseret kedalam neraka

6 comments:

Cik Atynn said...

info yang sangat berguna...thanksss ^_^

salam ramadhan...

Unknown said...

terima kasih di atas artikal ini,kerana telah menyelesaikan persoalan saya dalam mengapa babi diharamkan sehingga mencari rujukan para imam.

nor said...

eee..sapa2 makan babi,macam diorang makan orang la...kuman pun byk...patut la kalau manusia kena kuman MRSA cepat berjangkit pada org lain...kuman ni kuat tau....itu la kalau kencing manis,senang je ulat2 datang...

Anonymous said...

salam..rase nye patut diselitkan cerita pasal pengharaman kinzir dan anjing..klau x silap ade kisah nabi yg menyata mengenai pengharaman..tidak berapa ingat..harap di kaji semula..

Anonymous said...

tak makan babi tak bermakna kita tak berpenyakit, cuba lihat berapa ramai org islam di hospital.
soalan nye kuman di dlm babi tu apa bahayanye?
sekolah tinggi2 tapi soalan yang senang tak dapat dijawab,mcmana tu?

Anonymous said...

Apakh dngki sgt tgk org mkn babi..bkn kmi nk bg kt korng pn..

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...