1. KEPALA - Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dangan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
•PENING KEPALA - Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
•PENING / SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas – Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk) – Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
•SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA - Menandakan penyakit migrain.
•BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
•RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
2. MULUT / KERONGKONG
•LOYA / MUNTAH – Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
•MUNTAH DARAH - Darah merah – Pembuangan tisu sudah musnah di bahagian kerongkong dan paru-paru. Darah hitam – Pembuangan tisu yang sudah musnah di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
•LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK - Tanda sakit jantung.
•KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT – Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barah kerongkong.
3. KENCING
•KENCING KERAP - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.
•AIR KENCING BERKAPUR - Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
•AIR KENCING BERMINYAK - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berminyak.
•AIR KENCING BERWARNA COKLAT – Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
•AIR KENCING BERDARAH - Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
4. BUANG AIR BESAR
•CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR - Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan Cenkudu, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
•SEMBELIT – Membersihkan toksin dari usus kecil.
•NAJIS BERDARAH – Darah merah – Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
•DARAH HITAM - Masalah penyakit ulser perut.
•NAJIS BERWARNA HITAM - Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
5. TINDAK BALAS BADAN
•BADAN RASA SAKIT - Secara umumnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah dan saluran pembuluh yang tersekat. Sakit menyucuk – Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal – Menandakan luka di dalam badan . Sakit menyentap – Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. Sakit menegang – Proses melancarkan pengaliran darah.
•BADAN TERASA BERAT / MALAS / LENGUH – Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku dan badan memerlukan rehat.
•BADAN TERASA PANAS - Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
•BADAN TERASA RINGAN - Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
6. TINDAK BALAS EMOSI
•RASA TAKUT MENGEJUT - Lemah fungsi buah pinggang.
•CEPAT NAIK DARAH / MARAH - Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
•RASA BIMBANG DAN TAKUT - Sistem paru-paru yang lemah.
•RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB - Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
•SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL - Sistem penghadaman yang lemah.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah manakala yang tidak baik adalah datang dari hambanya.
2 comments:
info menarik ni..lebih2 lagi untuk otang dewasa..tapi orang muda pun kena baca jugak ni.hehehe :)
Thank's Infonya Bray .. !!!
www.bisnistiket.co.id
Post a Comment