Ajaibnya Tulang Manusia


Tahukah anda rangka tubuh badan manusia terbina daripada 206 tulang temulang merupakan satu seni kejuruteraan yang ajaib dan amat menakjubkan. Ia melindungi struktur tubuh badan yg melindungi organ penting seperti otak, jantung, paru-paru dan organ-organ dalaman manusia. Struktur tulang yang dicipta dalam badan manusia mempunyai kekuatan yg luar biasa. Contohnya, tulang paha dikatakan dapat menampung beban seberat 1 tan atau 1000 kilogram dalam kedudukkan 90 darjah.Sesuatu yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya tulang paha mampu memikul beban seberat 3 kali ganda berat badan pada setiap langkah.

 

Struktur dalaman tulang yang bersambung antara satu sama lain memiliki kemampuan pergerakan yang luar biasa. Ia umpama sistem perancah yang digunakan dalam binaan jambatan dan menara. Cuma sistem yang terdapat dalam tulang adalah lebih rumit berbanding rekaan manusia. Ia sangat kuat dan cukup ringan untuk digunakan dengan selesa. Manusia dapat bergerak bebas tanpa merasa sakit.

Pada bahagian-bahagian yg tertentu, tulang juga dicipta dengan bersifat anjal. Ini bagi memudahkan ia dapat mengembangdan mengecut bagi pergerakan udara masuk ke dalam peparu dan keluar darinya. Struktur elastik tulang juga mengalami perubahan. Contohnya tulang punggung wanita yang hamil boleh melebar dan renggang antara satu sama lain ketika saat kelahiran. Regangan ini berlaku untuk mengelakkan tekanan yang menghimpit kepala bayi ketika keluar dari rahim ibu. Sesungguhnya Allah maha pencipta sebagaimana firman-firmannya yang berbunyi,

“…Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu bagaimana kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutna dengan daging…” (Surah al-Baqarah ayat 269)

Sungguh ajaib dan menakjubkan ciptaan Allah ini, bukan? Jadi kita perlulah sentiasa menghargai dan bersyukur serta berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat kurniaan yang diberikanNya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...