Asal-Usul Mengapa Jarum Jam Bergerak Ke Arah Kanan



Dalam hidup ini, ada suatu perkara yang tidak boleh di sia-siakan kerana ia amat berharga dan tidak mungkin berputar kembali iaitu masa. Pernahkan anda semua terfikir siapakah yang mencipta sesuatu untuk menanda, mengenal waktu dan bagaimana ia diilhamkan dari alam yang dikenali sebagai jam.

Mungkin ramai yang belum tahu, pergerakan jarum jam yang kita lihat pada hari ini sebenarnya bermula dari zaman tamadun Mesir purba lagi.


Bangsa Mesir kuno menggunakan pergerakan matahari untuk melakukan pengiraan waktu. Mereka mendirikan sebuah tugu yang disebut obeliks.

Ketika matahari bergerak maka bayangan dari obeliks tersebut juga akan bergerak. Dari pergerakan bayang-bayang itulah mereka mengukur waktu.
Matahari terbit dari timur, sedangkan Mesir berada di belahan dunia bahagian utara maka ketika matahari bergerak bayangan dari tugu obeliks pun bergerak kearah kanan.
Seandainya Mesir berada di belahan dunia bahagian selatan mungkin kita akan melihat jarum jam bergerak kearah kiri.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...