Cara Jimatkan Bateri Telefon Pintar


Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, pasti kadang-kadang mengalami masalah yang sama iaitu kuasa bateri cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu korang memanjangkan kuasa bateri telefon pintar korang.

1. Paparan Skrin

Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah korang tetapkan kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.




2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)

LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu korang menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu korang mengatasi masalah ini.
OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.


3. Skrin Ke Paparan Standby

Bila korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.


4. Sambungan (Connectivity)

Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.


5. Aplikasi

Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.

6. Kemaskini

Mungkin telefon pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.

7. Power Saving Mode

Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.

8. Pengecas Telefon

Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam.
Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.

9. Vibrate/Getaran

Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).

10. Common Sense

Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, korang keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri korang akan tahan lama bila waktu lunch korang boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi korang sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon korang. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada korang. Bagaimana korang menggunakan telefon pintar setiap hari.

1 comments:

doni said...

makasih infonya,,

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...