“Lena Highway”, Lebuh Raya Paling Teruk Di Dunia

                 

Lebuhraya M56 Lena atau Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Lebuhraya ini mendapat namanya dari sebatang sungai iaitu Sungai Lena yang terletak di bahagian selatan Siberia.
Lebuhraya sepanjang 1,212 kilometer ini telah dibina secara berperingkat antara tahun 1925 hingga 1964. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah sebuah jalan raya yang terdiri dari jalan tanah.

Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil dan yang besar.













0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...