Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Di Dunia


Rasanya ramai yang beranggapan telefon paling lasak di dunia adalah telefon bimbit jenis nokia 3310 bukan? boleh dianggap telefon lagenda buat masa sekarang.. haha, salah jawapannya, kerana telefon bimbit paling tahan lasak di dunia ialah Telefon bimbit Sonim Technologies model XP3300 Force merupakan telefon bimbit yang paling tahan lasak di dunia dan telah menerima anugerah Guinness World Record untuk kategori Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Dunia.

Telefon Bimbit itu telah berjaya membuktikan ketahanannya walaupun telah dijatuhkan dari ketinggian 25.29 meter (82 kaki 11.67 inci) ke atas konkrit dan tidak mengalami sebarang kerosakan operasi semasa demonstrasi di negara Belanda. Malah gajet itu tidak rosak walaupun direndam di dalam air selama lapan jam. Telefon Bimbit ini juga tahan suhu panas sehingga 75 darjah Celcius dan takat beku -30 darjah Celcius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.



Percubaan rekod itu yang diadakan di Epe telah dianjurkan oleh pembuat Telefon Bimbit berkenaan untuk menunjukkan ketahanan telefon berkenaan dan khabarnya peralatan yang digunakan untuk mengesahkan altitud telah pun disahkan sebagai alat tentukur tepat oleh pakar yang sesuai sebelum percubaan itu, di samping kehadiran dua jurutera dari institut Dutch Metrology yang juga hadir untuk mengesahkan ukuran tepat jarak kejatuhan telefon itu.

 

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula rata-rata 130 gram. Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.

Walau bagaimanapun telefon tersebut hanya berjaya untuk kekal dalam keadaan baik selepas kejatuhan 10 meter dan 25 meter, namun setelah dijatuhkan pada ketinggian 30 meter is sudah tidak berfungsi dengan baik.

Berikutan dengan kejayaan percubaan tersebut, wakil pengadil dari Guinness World Record (GWR), Lucia Sinigagliesi memberikan sijil perakuan GWR kepada Pengarah Urusan Sonim, Benelux Roy Vervenne sebagai tanda kejayaan syarikat Telefon Bimbit itu.

Rekod sebelum ini dipegang oleh telefon lasak JCB, yang hanya mempunyai ketahanan pada ketinggian 3.25 meter.


1 comments:

Aaizaatt Bin Azhar said...

FOOYO...

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...