Hak Hak Anda Ketika Di Dalam Tahanan




Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda ditahan?

Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.

Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.

Barangan Persendirian
Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.

Kebajikan
Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.

Berapa lama polis boleh menahan anda?
Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkansiasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu PerintahReman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24jam.


PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET

Siapakah Majistret?

Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yangmempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.

Tujuan Perintah Reman
la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda. Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.

Jangka hayat Perintah Reman
Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang. Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab-sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,
• untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon Polis. Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.


Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret
Maklumkan kepada Majistret bahawa:


• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.

Pohon untuk Perintah Reman yang singkat
Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman. Beri alasan-alasan
(sebagai contoh: “saya akan bekerjasama dengan polis didalam siasatan”, “saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya” dan sebagainya).



PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN

Bilakah ia boleh dilakukan

Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkal tidak kurang daripada inspektor,

Apakah yang perlu anda lakukan
• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.
• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat mengawasi
barangan anda. Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh “purse”, “kunci”, “kad pengenalan” dan sebagainya. Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg tersebut

Hak-hak anda
• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.
• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh: bahagian sulit tidak boleh disentuh).
• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.


PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN

Bilakah polis boleh melakukannya

• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan
yang disyaki.
• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk
diperiksa di kawasan yang terlindung.

Pemeriksaan badan secara bogel
Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan.
Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda enggan berbogel:

• Bantah.
• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
• Buat laporan selepas kejadian tersebut.


SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN

Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.
Pastikan nama pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.

Hak memilih untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan.Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.

Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda?
Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi). Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak
untuk berdiam diri. Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: “Saya akan menjawab di Mahkamah”.

Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113
Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:

• bertenang dan berdiam diri;
• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau Sekiranya anda telah diugut, dipukul atau pun dipaksa, buatlaporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adalah hak anda.

Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113
Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas.
Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan,minta dari Pegawai Polis. Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:

• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,
• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda
bersaiah di dalam kesalahan yang dituduh.


PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-3372 2792
• Negeri Sembilan : 06-7633 035
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...