Cara Menabung Yang Paling Efektif



Anda menabung? Menabung ni samalah dengan menyimpan wang. Cuma bila sebut pasal menabung, pasti ia tak lari dengan alat yang digunakan sebagai tabung tu, kalau masa kecil-kecil dulu, KB simpan duit dalam tabung yang mana tabung tu KB buat sendiri je daripada bekas bedak. Daripada rugikan duit beli tabung gajah ke, kucing ke yang ada di pasaraya tu, baik gunakan bahan-bahan yang terbuang, kat situ dah boleh guna duit tu untuk ditabungkan.. tul tak?

Kalau diikutkan istilah menabung ni, bagi KB ia lebih sesuai digunakan di peringkat kanak-kanak la.. kalau dah besar panjang istilah yang lebih ‘afdal’ mungkin menyimpan. Jadi anda menyimpan wang?


Kenapa perlunya menabung?
  • Menabung untuk masa depan. Kita selalu dengarkan ayat ni. Memang betul pun, simpanan yang kita buat untuk masa hadapan, tak kiralah masa tu esok ke, tulat ke, 20 tahun akan datang ke.. duit yang kita simpan tu akan membantu kita pada ketika itu.
  • Meningkatkan pendapatan.  Ya dan tidak, ya bila anda menyimpannya di tempat yang memberi kenaikan pada simpanan kita tadi, contohnya dengan menyimpan di bank, kita akan menerima dividen tahunan kira-kira 2-3%. Tidak, apabila anda menabung dalam tabung atau menyimpan wang di bawah bantal. Biarlah seribu tahun pun, jumlah wang tetap akan sama, tiada kenaikan malah nilainya mungkin berkurang disebabkan faktor inflasi.
  • Menggalakkan sikap berjimat-cermat. Bagi orang yang suka menabung, memang dah tertanam dalam jiwanya sikap berjimat. Yang membezakannnya sikit dengan banyak saja. Kalau sikit tu nilai yang ditabungkan pun sikitlah, tapi kalau yang jimat banyak tu, confirm di kalangan kawan-kawannya dia dikenali dengan gelaran haji bakhil.. hehe ya ker?
  • Sebagai persiapan menghadapi saat-saat kecemasan seperti sumber kewangan yang tidak mencukupi. Takkanlah anda nak pinjam wang dari kawan pula bila dah ‘pokai’. Malu pun ada kan. So dengan duit tabungan tu, ia dapat menyelamatkan keadaan waktu tu, apatah lagi kalau ianya melibatkan nyawa.
  • Sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Kalau duit tu tak ditabungkan atau disimpan ditempat yang betul, duit yang ada tu pasti akan menyusut nilainya disebabkan kealpaan dan kerakusan hawa nafsu kita. So bagi yang berniat untuk berniaga, salah satu benda yang dia perlu buat ialah menabung.
  • Membeli rumah atau tanahmemerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini. Bagi pekerja swasta dah ada KWSP, satu jenis tabungan juga tu. Tapi janganlah dihabiskan, ingat hari tua anda nanti. Duit tulah yang akan menanggung perbelanjaan anda selepas pencen kelak.
  • Keperluan pendidikan anak-anak, melancong, hiburan dan lain-lain. Memang banyaklah kepentingan menabung ni. Semuanya bergantung pada niat individu tersebut. Tetapi apa yang boleh KB simpulkan menabung ni adalah menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Mudah dan simple bukan..?Namun, yang menjadi masalah kepada kita ialah kita selalu gagal untuk menabung disebabkan oleh ceteknya pengetahuan kita tentang perancangan kewangan dan walaupun ada yang tahu, kita tidak mampu bertindak mengikut pelan. Jadi, di sini KB senaraikan beberapa cara dan panduan menabung dengan mudah

Cara Menabung Yang Paling Efektif
  • Sisihkan wang untuk simpanan di awal bulan sebelum berbelanja, cara ini anda dapat menyimpan lebih banyak wang.
  • Tentukan tarikh untuk anda menabung setiap bulan dan patuhi tarikh itu agar anda tidak tersasar.
  • Gunakan kaedah potongan berjadual agar anda lebih berdisiplin.
  • Catat trend perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan dua bekas khas untuk mengisi semua resit belian anda untuk mudahkan pengiraan. Satu bekas adalah untuk resit barangan keperluan. Satu bekas lagi untuk resit barangan kehendak.
  • Menetapkan matlamat tabungan yang jelas dan berpatutan.
  • Menyediakan belanjawan bulanan keluarga.
  • Bahagikan tabungan anda kepada pecahan tertentu seperti wang tabungan yang boleh disentuh dan wang tabungan beku iaitu wang tidak boleh disentuh. Jika wang tabungan tidak dibuat pecahan sedemikian, tidak mustahil ia akan habis begitu saja. Maka sia-sialah usaha anda selama ini untuk menabung.
  • Menyimpan dalam bank/institusi yang tidak mempunyai kad ATM.
  • Jika anda mendapat bonus, simpanlah sekurang-kurangnya 50% dari wang bonus yang diperoleh. Jika anda menyimpan lebih banyak ia lebih baik.
  • Seeloknya buka akaun bank lain bagi mengumpulkan wang simpanan anda setiap bulan. Jangan campurkan wang simpanan anda dengan bank gaji anda kerana ia tidak menampakkan wang yang anda simpan. Selain itu, ia mudah untuk anda memeriksa sejumlah wang yang telah anda simpan.
  • Membuat pinjaman berhemah untuk tujuan pembelian aset.
  • Membuat simpanan tetap.
  • Beli barang yang perlu, bukan mengikut nafsu.
  • Membeli insurans yang berbentuk pelaburan.
  • Buat pinjaman untuk tujuan pelaburan jika perlu.
  • Mengelakkan penggunaan kad kredit.
  • Elakkan diri daripada sering mengunjungi pusat beli-belah. Walaupun asalnya anda hanya ingin window shopping, tetapi anda mungkin boleh terjebak membeli barang yang tidak sepatutnya apatah lagi jika anda pergi bersama isteri dan anak.

    Contoh jenis-jenis simpanan/pelaburan yang popular di negara kita:

    • Akaun simpanan
    • Akaun tetap
    • Amanah saham (ASN, ASB, ASW)
    • Tabung haji
    • KWSP/Perkeso
    • Insurans & Skim takaful
    • Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
    • Exchange Traded Fund
    • Emas
    • Pelaburan Saham
    • Unit Amanah (Unit Trust)
    • Forex
    • Bon
    • Pelaburan Hartanah
    • Real Estate Investment Trust (REIT)
    • Ekuiti

    10 Cara Mudah Menambah Simpanan

    1. Berhenti merokok
    2. Bawa bekal ke tempat kerja
    3. Pilih tempat makan yang sepadan dengan pendapatan
    4. Cuci kereta sendiri & kongsi kereta dengan kawan sekerja
    5. Bayar bil secara online
    6. Jimat air, elektrik & telefon
    7. Beriadah di kawasan rekreasi dekat dengan rumah
    8. Bayar kad kredit tepat pada masanya
    9. Ajar anak sendiri (alternatif untuk tuisyen)
    10. Rancang perbelanjaan dapur

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum, saya Zimy dari Hong Leong Group nak offer anda satu plan untuk simpanan.

Plan ni namanya Wealth Plan. Kami akan jamin anda akan dapat pulangan yang tinggi setiap tahun selama 30 tahun, anda hanya perlu menyimpan selama 6 tahun sahaja.

Contoh, anda menyimpan RM100k setiap tahun dan kami akan beri anda sebanyak RM23k setahun.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut,
Sila hubungi no. 01136967672.

Unknown said...

Assalamualaikum, saya Zimy dari Hong Leong Group nak offer anda satu plan untuk simpanan.

Plan ni namanya Wealth Plan. Kami akan jamin anda akan dapat pulangan yang tinggi setiap tahun selama 30 tahun, anda hanya perlu menyimpan selama 6 tahun sahaja.

Contoh, anda menyimpan RM100k setiap tahun dan kami akan beri anda sebanyak RM23k setahun.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut,
Sila hubungi no. 01136967672.

Post a Comment

 
Design by Fakta Dan Kisah Bumi | Bloggerized by Kisah Bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...